Saturday 15 January 2011

PASKAU*


# Setiap pegawai dan anggota TUDM akan dianugerahkan dengan beret biru muda apabila tamat latihan asas PASKAU dan pisau komando setelah menjalani kursus kepakaran PASKAU. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAU diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 12 minggu bagi menilai tahap kemampuan anggota. Antara ujian-ujian asas komando PASKAU yang dijalankan ialah :

1. Ujian jalan lasak sejauh 160 kilometer
2. Teknik `rapelling’ kaedah Australia (menuruni bukit dan bangunan dengan tali secara berlari)
3. Teknik `spie-rig’ (badan diikat pada tali yang ditarik dengan helikopter)
4. Mendayung sejauh 160 km (peringkat paya)
5. Latihan asas komando hutan
6. Penyusupan peninjau khas
7. Kursus penembak tepat melalui sungai dengan bot.

Latihan khas bagi PASKAU dan berkemampuan dalam:-

Teknik pertempuran

1. Penanda-Laser - Menggunakan GLTD II (Ground Laser Target Designator II) untuk 'menanda' sasaran musuh, bagi tugas pengeboman daripada udara berpandukan panduan sasaran laser seperti Paveway II LGB (Laser-guided bomb).
2. Tempur jarak dekat (Close Quarters Battle; CQB, Close Quarters Combat; CQC).
3. Pertempuran bukan konvensional
4. Penembak tepat atau kepantasan menembak.
5. Sabotaj
6. Penembak hendap

Teknik penyusupan

1. Atitud Tinggi Permulaan Rendah / A/T Permulaan Tinggi (HALO/HAHO)
2. Turun dengan tali
3. Terjun ke permukaan air

Teknik perisikan

1. Perisikan khas
2. Perisikan
3. Peninjauan

Kepakaran asas

1. Mencari dan menyelamat tempur (CSAR, Combat Search and Rescue) - Menyelamat anggota pasukan sahabat (misalnya juruterbang pesawat yang telah menyelamatkan diri) daripada barisan belakang musuh
2. Melengkapkan keselamatan pangkalan TUDM.
3. Tugas anti keganasan
4. Menyelamat tebusan.
5. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
6. Tempur di dalam bandar - FIBUA
7. Letupan khas
8. Unit Pemusnah Bom (EOD).

PASKAU berkemampuan tinggi di dalam operasi menyelamat tebusan dalam pelbagai situasi dan arif tentang operasi anti-rampasan untuk pesawat tentera dan awam. Tugas dalam situasi tersebut diambil alih daripada Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia. Anggota PASKAU yang memakai beret biru muda ini turut dihantar ke luar negara untuk mengikuti latihan khas dan kursus asas teknikal oleh Rejimen ke-22 British SAS dan pasukan elit Amerika Syarikat.

# jet-pejuang generasi baruU...(made in malaysia)


---->>credits to wikipedia...
**rekaan semata2 xde kne mengene ngan kowang pown...

1 comment:

  1. asalamualaikum.....saya Sabri dari port dickson,negeri sembilan....saya ingin menyertai paskau.Tetapi saya tak tahu bagaimana menyertainya dan juga saya mendengar khabar bahawa kita boleh menyertai kolej angkatan tentera malaysia...selepas baris keluar dari situ..kita boleh menjadi PEGAWAI paskau..adakah itu benar dan saya ingin tahu lebih lanjut....sebarang jawapan,tolong email kan saya di (sabri_2s@yahoo.com atau facebook:Sab Ri.....tq very much

    ReplyDelete